suria

Bekas pemain Anderlecht maut tembak diri sendiri, "Dia alami depresi dan sentiasa cemas"

Stanic memuatnaik gambarnya bersama Mrdakovic di laman sosial.

BEKAS penyerang Anderlecht dan Partizan Belgrade Miljan Mrdakovic membunuh diri di ibu kota Serbia.

Mrdakovic, 38, dilaporkan memberitahu 'Saya tidak boleh hadapinya lagi' sebelum menembak dirinya sendiri ketika berada di flatnya.

Teman wanitanya Ivana Stanic, yang menemui bekas pemain Gent itu dan menghubungi pasukan kecemasan.

"Dia boleh bunuh dirinya malam sebelum ini. Dia terlalu mabuk dan sangat memberi kesan kepadanya.

"Saya menjauhkan beg yang mempunyai pistol daripadanya. Saya ada memberitahu bahawa anaknya serta ramai orang sangat sayangkan dia.

"Dia mengalami depresi dan sentiasa cemas. Dia kelihatan seperti berdepan dengan sesuatu, tetapi saya tidak tahu apa.

"Anak lelakinya ada tinggal bersama kami. Kami ada merancang masa depan bersama, namun kini dia telah pergi. Saya tidak boleh balik ke apartmen. Saya akan ambil barang-barang saya di sana, tetapi tidak boleh pergi buat masa sekarang."

Stanic turut memuatnaik gambarnya bersama Mrdakovic dengan kapsyen: 'Sleep tigh, my love.'

Mrdakovic sebelum ini beraksi dengan banyak kelab termasuk Maccabi Tel Aviv dan Vitoria Guimaraes di Portugal.

Dia juga beraksi untuk pasukan Bawah 21 Tahun Serbia dan mewakili negaranya sebanyak tiga kali untuk aksi Sukan Olimpik 2008. -Dailymail.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain