suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bournemouth dedah seorang pemain positif Covid-19

Bournemouth mengesahkan salah seorang pemainnya positif Covid-19. Foto PA

KELAB Bournemouth mengesahkan bahawa salah seorang pemain mereka disahkan positif Covid-19 selepas mengadakan ujian saringan buat kali kedua.

Identiti pemain tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut kenyataan di laman web kelab tersebut: "Kerahsiaan perubatan bermaksud nama pemain tidak akan didedahkan, dan kelab meminta untuk menghormatinya.

"Sesuai dengan protokol Liga Perdana mengenai ujian positif, dia akan mengasingkan diri selama tujuh hari sebelum diuji sekali lagi.

"Berikutan kepatuhan terhadap peraturan latihan Liga Perdana Inggeris, tempat latihan kelab kekal menjadi persekitaran kerja yang selamat untuk pemain dan kakitangan.

"Mereka akan terus menjalani ujian saringan Covid-19 dua kali setiap minggu," menurut kenyataan itu. - Mail Online UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bournemouth, Covid-19,

Artikel Lain