suria

PM Sepanyol beri lampu hijau La Liga beraksi secara tertutup pada 8 Jun

Aksi bola sepak di Sepanyol bakal bermula selepas ditangguhkan sejak 12 Mac lalu kerana penularan Covid-19. Foto: Getty Images

LA Liga diberi lampu hijau untuk beraksi secara tertutup mulai 8 Jun, demikian kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

"Sepanyol telah melakukan apa yang seharusnya dan sekarang bermulanya persekitaran baharu dibuka untuk semua. Masanya telah tiba untuk mengembalikan aktiviti sehari-hari," kata Sanchez.

"Dari 8 Jun, La Liga akan kembali. Sepak bola Sepanyol mempunyai banyak pengikut tetapi ia bukan satu-satunya aktiviti sukan yang akan kembali," kata Sanchez.

Aksi bola sepak di Sepanyol ditangguhkan sejak 12 Mac lalu kerana penularan Covid-19.

Pemain di dua divisyen teratas hanya dapat kembali menjalani latihan secara individu pada awal Mei lalu, selepas melalui ujian saringan bagi wabak tersebut.

Lima pemain dari dua divisyen teratas diuji positif untuk wabak tersebut dan dikuarantin sebelum fasa pertama latihan kumpulan dibenarkan bermula 18 Mei.

Pasukan La Liga mempunyai baki 11 perlawanan, dengan pendahulu liga, Barcelona berada dua mata di hadapan Real Madrid. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

La Liga, Sepanyol, lampu hijau

Artikel Lain