suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo beri kepercayaan kepada teman wanita untuk gayakan rambut

Teman wanita Ronaldo, Georgina sedang menggayakan rambut bintang Juventus itu. Foto: Instagram Georgina

DI KALA pandemik Covid-19 masih belum reda, orang ramai memilih untuk duduk di rumah demi menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing.

Tidak terkecuali bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

Namun sebagai seorang personaliti sukan yang menjadi perhatian ramai, Ronaldo memastikan penampilannya tetap diutamakan khususnya gaya rambut.

Memandangkan kebanyakan salon rambut ditutup untuk mengelakkan penularan Covid-19, Ronaldo meletakkan sepenuh kepercayaan kepada teman wanita, Georgina Rodriguez untuk menggayakan rambutnya.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Georgina memuat naik sekeping gambar memaparkan gaya rambut Ronaldo yang ditocang dengan jalinan menarik.

Perkongsian tersebut meraih sehingga 2,200,000 like.

Sebelum ini pada April lalu, Georgina turut diberi kepercayaan oleh pemain berusia 35 tahun itu untuk menggayakan rambutnya.

Nampaknya, bintang Juventus ini akan kembali ke sesi latihan minggu ini dengan gaya rambut baharu. - Givemesport.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain