Tiada aksi persahabatan buat Harimau Malaya menjelang Kelayakan Piala Dunia 2022

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan UAE 8 Oktober ini.

TIADA perlawanan persahabatan buat skuad Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Oktober depan, susulan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingan berkata walaupun ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan beberapa aksi persahabatan, namun pelbagai aspek perlu diambil kira badan induk termasuk sekatan perjalanan yang dilaksanakan untuk membendung jangkitan wabak itu.

“Kami merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan, tapi belum dipastikan lagi buat masa ini susulan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Kebanyakan negara mengadakan sekatan perjalanan yang menyukarkan kami untuk mengadakan sebarang perlawanan persahabatan.

“Setiap negara mempunyai peraturan tertentu dan mempunyai tahap pelaksanaan yang berbeza-beza bagi mengawal jangkitan Covid-19, dan sudah pastinya kami akan mengadakan perlawanan pemanas badan untuk skuad kebangsaan sebaik keadaan pulih, ” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan jadual terkini yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini, Malaysia akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Oktober, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Oktober sebelum melengkapkan jadual perlawanan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November.

Sebelum ini, AFC dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan untuk menangguhkan perlawanan kelayakan Asia kempen Piala Dunia Qatar 2022 semasa jendela antarabangsa pada 23-31 Mac dan 1-9 Jun kerana wabak Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain