suria

Wilshere luah kebimbangan penjarakkan sosial di atas padang

Wilshere kurang yakin dengan penjarakkan sosial ketika aksi di padang.

BINTANG West Ham, Jack Wilshere antara pemain yang meluahkan kebimbangan dengan 'Project Restart'.

Walaupun perbincangan untuk kembali mengadakan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih lagi berlangsung selepas berehat panjang berikutan penularan Covid-19, beberapa pemain bintang mula meluahkan kebimbangan mereka.

EPL bakal mengikut jejak langkah Bundesliga menyambung kembali aksi perlawanan dalam tempoh terdekat ini, namun ramai pemain yang tidak bersetuju bimbang dengan keselamatan dijangkiti coronavirus.

Wilshere tidak yakin dengan syarat penjarakkan sosial (social distancing) di atas padang.

"Tidak ada pemain akan kembali ke padang jika tidak berasa selamat. Saya tidak nampak bagaimana bermain bola sepak dengan penjarakkan sosial dalam masa yang sama.

"Ini adalah persoalan yang perlu dijawab. Ia sangat mudah."

Ketua PFA Gordon Taylor mengakui pada Rabu bahawa Project Restart akan dicapai jika mendapat jaminan yang boleh diberikan kepada semua pemain.

Minggu ini, Bundesliga menjadi liga utama pertama Eropah yang kembali memulakan aksi selepas lockdown.

Sembilan perlawanan dijangka berlangsung hujung minggu ini secara tertutup, manakala pemain-pemain dikuarantin di hotel serta perlu melakukan banyak ujian sebelum dan selepas perlawanan. -Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain