suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajar anak main bola antara aktiviti Ronaldo sepanjang kuarantin

Aksi Ronaldo bersama anak lelakinya.

PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi video sedang melatih anaknya bermain bola sepak.

Ia merupakan antara aktiviti bintang Juventus itu sepanjang kuarantin sejak penularan Covid-19.

Sehingga kini, video yang dikongsinya di laman Instagram menerima lebih 20 juta tontonan.

Malah, dia kelihatan cukup dedikasi mengajar anaknya pelbagai kemahiran penting dalam permainan itu.

Dalam pada itu, ramai juga yang bersetuju kanak-kanak itu mampu mengikuti jejak langkah bapanya suatu hari nanti.

Ronaldo kini berada di kediamannya di Turin, Itali sejak minggu lalu.

Untuk rekod, Itali merupakan antara negara yang teruk terjejas dek penularan Covid-19. - caughtoffside

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ronaldo, anak lelaki, Covid-19, kuarantin

Artikel Lain