suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG bakal ditabal juara Ligue 1, dedikasikan kemenangan kepada ‘frontliners’

PSG bakal ditabalkan juara Ligue 1. Foto: Getty Images

PARIS Saint-Germain (PSG) bakal ditabalkan juara Ligue 1 meskipun saingan bola sepak Perancis akan ditamatkan lebih awal kerana pandemik Covid-19.

PSG memiliki kelebihan 12 mata selesa ke atas pencabar terdekat, Marseille dengan kelebihan satu perlawanan.

Awal minggu ini kerajaan Perancis mengumumkan tiada sebarang perlawanan akan dibenarkan berlangsung sebelum September depan meskipun ia diadakan secara tertutup.

Dalam pada itu, kelab tersebut mengatakan mereka ingin mendedikasikan gelaran itu "untuk kakitangan kesihatan dan semua pejuang di barisan hadapan".

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PSG Nasser Al-Khelaifi menambah bahawa "komitmen dan pengorbanan pekerja sektor penting di Perancis selama beberapa minggu ini mengkagumkan kami".

"Kami memahami, menghormati dan mendukung keputusan yang diambil oleh Kerajaan Perancis untuk mengakhiri kejuaraan. Kesihatan, seperti yang selalu dikatakan oleh kerajaan, harus menjadi keutamaan setiap orang.

"Dalam masa-masa sukar ini, saya berharap bahawa piala ini akan membawa sedikit kebahagiaan dan harapan kepada semua penyokong kami, dan saya berterima kasih kepada mereka atas sokongan yang tidak putus-putus yang membantu mendorong Paris St-Germain maju." - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

PSG, Ligue 1, Covid-19, frontliners

Artikel Lain