suria

"Solskjaer sudah ada perancangan buat Pogba" - Shearer

Solskjaer dikatakan sudah mempunyai keputusan mengenai status Pogba di Old Trafford.
1 / 1

PEMAIN legenda, Alan Shearer percaya bahawa jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sudah membuat keputusan berkaitan masa hadapan Paul Pogba di kelab tersebut.

Pogba sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan Juventus selepas kedua-dua kelab tersebut menunjukkan minat mereka.

Dengan kontrak yang berbaki setahun, Shearer yakin kata putus telah pun dibuat oleh Solskjaer.

"Solskjaer hanya mahukan pemain yang ingin bermain untuk kelab. Dia juga sebelum ini telah bertemu Pogba dan agennya, Mino Raiola.

"Dengan kecederaan yang dialami, Pogba tidak mempunyai peluang untuk membuktikan peranannya di atas padang.

"Keputusan Solskjaer juga mungkin dipengaruhi dengan statistik Pogba yang jarang diturunkan pada musim ini.

"Saya dapat mengagak apa keputusan yang telah dibuat oleh Solskjaer. Dia tidak akan membiarkan pemain yang kontrak berbaki setahun dengan begitu sahaja," tulis Shearer kepada The Sun.

Dilaporkan Manchester United sedia menerima tawaran serendah £50 juta (RM218 juta) berikutan keadaan ekonomi yang terjejas disebabkan pandemik koronavirus.

Bergelut dengan prestasi yang makin merudum, Pogba hanya membuat lapan penampilan dalam kesemua pertandingan musim ini buat Manchester United. - Daily Star

Artikel Lain