suria

Lukaku dakwa 23 pemain Inter Milan alami simptom Covid-19

Lukaka percaya seramai 23 rakan sepasukannya telah menunjukkan simptom atau gejala wabak tersebut sekembalinya daripada cuti musim sejuk pada Disember lalu. Foto: Getty Images

PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku percaya sebahagian besar rakan sepasukannya telah dijangkiti wabak Covid-19.

Bintang Belgium itu berkata, dia percaya kesemua 25 skuad tersebut, kecuali dua pemain, telah menunjukkan simptom atau gejala wabak tersebut sekembalinya daripada cuti musim sejuk pada Disember lalu.

Milan adalah wilayah paling teruk di Itali yang dilanda Covid-19 dan menjadi pusat penularan wabak tersebut pada Februari, ketika kes jangkitan di negara itu mencatatkan peningkatan mendadak.

"Kami mempunyai cuti seminggu pada bulan Disember, kembali bekerja dan saya bersumpah bahawa 23 daripada 25 pemain tidak sihat. Saya tidak bergurau," kata Lukaku.

“Kami bermain menentang Cagliari Radja Nainggolan (pada 26 Januari) dan setelah kira-kira 25 minit, salah seorang pemain pertahanan kami terpaksa meninggalkan padang. Dia tidak dapat meneruskan dan hampir pengsan.

"Semua orang batuk dan demam. Semasa saya memanaskan badan, saya berasa jauh lebih panas daripada biasa. Saya tidak mengalami demam selama bertahun-tahun," dakwa Lukaku. - Metro.co.uk

Inter Milan, Covid-19

Artikel Lain