suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad Arsenal tidak setuju potong gaji sebanyak 12.5 peratus

Pemain-pemain Arsenal tidak berstuju dengan cadangan pemotongan gaji yang tinggi.

PEMAIN skuad utama Arsenal telah menolak cadangan pemotongan gaji sebanyak 12.5 peratus selama setahun dalam sebuah sesi undian yang diadakan pada Isnin.

Kelab telah memberi cadangan kepada pemain untuk mengurangkan gaji bagi tempoh 12 bulan berikutan aksi bola sepak yang ditunda disebabkan Covid-19.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut turut menjanjikan bahawa pemain yang bersetuju menandatangani kontrak baharu akan menerima semula wang potongan gaji tersebut.

Selain itu, pemain yang dijual selepas tamat koronavirus juga akan menerima semula wang potongan gaji tersebut.

Namun, rata-rata pemain menolak cadangan tersebut dengan membayangkan tiada perpindahan pemain berlaku pada musim panas ini.

Arsenal kini terpaksa membayar gaji pemain dengan jumlah yang besar iaitu £230 juta (RM997 juta) setiap tahun.

Sekiranya pemain bersetuju dengan cadangan tersebut, Arsenal mampu melakukan penjimatan sehingga £25 juta (RM108 juta) setahun.

Antara pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal ialah Mesut Ozil, £350,000 seminggu, Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette yang masing-masing menerima hampir £200,000 seminggu. - The Sun

Arsenal, Potong Gaji, Tak Setuju

Artikel Lain