suria

Berbatov buka mulut Sir Alex 'mungkir janji' sebaik saja dia sarung jersi United

Berbatov bersama Sir Alex sewaktu diumumkan sebagai pemain baharu United.

DIMITAR Berbatov mendedahkan Sir Alex Ferguson mungkir janji terhadapnya ketika dia menyertai Manchester United pada 2008.

Bintang Bulgaria itu beraksi cemerlang sepanjang dua musim bersama Tottenham sehingga menyakinkan Ferguson untuk mendapatkan khidmatnya pada kempen 2008/2009.

Berbatov menyertai Red Devils pada 1 September dengan bidaan sekitar 31 juta pound sterling.

Dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kelab baharunya itu dan melakukan penampilan pertama kurang dua minggu kemudian apabila United tewas 1-2 kepada Liverpool.

"Perpindahan saya berlaku pada saat akhir. Sir Alex berjanji dia akan memberikan cuti selama seminggu untuk saya menyesuaikan diri dengan pemain lain.

"Sebaik saja saya menandatangani kontrak Sir Alex kata OK bersedia. Perlawanan seterusnya menentang Liverpool. Di dalam kepala saya di mana cuti seminggu saya.

"Tapi tidak mengapa. Sebaik perlawanan semakin dekat, saya boleh merasai keseronokan, gemuruh dan tekanannya," katanya.

Impian Berbatov untuk menikmati kejayaan pertama bersama United berkecai apabila Ryan Babel menjaringkan gol kemenangan Liverpool pada minit ke-77. - Metro.co.uk


Artikel Lain