Legenda F1 bakal timang bayi lelaki pada usia 89 tahun

Ecclestone bakal menimang anak lelaki pada Julai ini.

BEKAS bos Formula Satu (F1) Bernie Ecclestone akan menjadi bapa buat kali keempat pada musim panas ini dengan isterinya Fabiana Flosi.

Lelaki berusia 89 tahun itu memberitahu akhbar Swiss, Blick ketika dia menjalani isolasi diri bersama isterinya itu di Brazil.

"Ya isteri saya akan bersalin pada musim panas ini. Harap dia belajar cara bermain catur dalam masa terdekat," katanya.

Bayi yang bakal lahir pada Julai itu merupakan anak lelaki pertamanya.

Dia sudah memiliki tiga anak perempuan iaitu Deborah, 65, Tamara, 35, dan Petra, 31.

Deborah merupakan anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya Ivy Bamford manakala Tamara dan Petra adalah anak bersama isteri keduanya, Slavica Radic.

Ecclestone berkahwin dengan Fabiana pada 2010 di sebuah chalet ski miliknya di Switzerland.

"Sama seperti ibu bapa lain kami hanya satu harapan, anak yang dilahirkan kelak dalam keadaan sihat.

"Harap dia tidak menunjukkan minat dalam F1," kata Fabiana yang 45 tahun lebih muda daripada suaminya kepada Blick. - Dailystar.co.uk

Bernie Ecclestone, Fabiana Flosi, F1

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain