suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG salur dana kepada hospital hasil jualan jersi terhad 'Tous Unis'

PSG menyumbangkan hasil kutipan penjualan jersi khas kepada kakitangan hospital.

PARIS Saint-Germain (PSG) telah menghasilkan 1,500 helai jersi edisi khas yang dicetak 'Tous Unis' yang membawa maksud All Together.

Kelab Perancis itu menghasilkan 1,500 helai jersi edisi khas dijual dengan harga £159 (RM832) di laman rasmi PSG.

Kesemua hasil jualan akan disalurkan kepada kakitangan hospital yang terletak di Paris.

Jersi khas yang diperkenalkan PSG untuk membantu kakitangan hospital di Paris.

Dilaporkan penjualan jersi edisi khas itu mendapat permintaan yang tinggi apabila hampir semua saiz habis dijual hanya selepas beberapa jam jualan dilancarkan.

Pengarah hospital yang beroperasi di Paris, Martin Hirsch, memberitahu bahawa langkah yang diambil oleh PSG adalah sangat bagus.

"Kelab bola sepak di Paris membantu hospital di Paris!

"Mereka faham tugas kami iaitu menyelamatkan nyawa seramai yang mungkin," ujarnya.

Sehingga kini, Pernacis telah merekodkan sebanyak 25,233 kes positif Covid-19 dengan 1,331 jumlah kematian. -talkSport

PSG, Jersi, Terhad, Covid-19, Paris

Artikel Lain