suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duffy kongsi pengalaman sukar bernafas selepas disahkan positif Covid-19, “Semua orang perlu ambil serius”

Duffy mengakui takut ketika disahkan positif Covid-19.

BEKAS pemain Drogheda United Lee Duffy berharap semua orang mengambil serius mengenai penularan wabak Covid-19.

Duffy yang berdepan dengan pengalaman ngeri ini apabila disahkan positif Covid-19 memberitahu dia terpaksa tinggal di hospital selama lapan hari dengan bantuan pernafasan.

“Ada sesetegah yang tahu ada yang tidak tahu, saya diuji positif Covid-19 dua minggu lalu.

“Saya meghabiskan lapan hari di hospital dengan bantuan oksigen dan tidak dapat bernafas dengan sendiri. Takut... kerana tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Namun rasa bertuah kerana dapat mengharunginya dan makin berasa baik sekarang.

“Nasihat saya kepada semua supaya jangan ambil ringan (Covid-19), ia sangat serius,” tulisnya di laman Twitter.

Liga Ireland kini ditangguhkan sehingga 4 April.

Sehingga kini, lebih 1,000 kes Covid-19 di Ireland dengan empat kematian.

Kerajaan Ireland juga mengambil langkah Kawalan Pergerakan dengan menasihati rakyatnya bekerja dari rumah dan mengamalkan ‘social distancing’ dua meter. - dailymail.co.uk

Lee Duffy, Covid-19, Sukar bernafas

Artikel Lain