suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo dikuarantin di Portugal selepas rakan sepasukan positif Covid-19

Ronaldo terpaksa dikuarantin gara-gara rakan sepasukannya yang juga bintang Juventus, Daniele Rugani didapati positif Covid-19.

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan harus menjalani kuarantin selama beberapa hari di rumahnya di Madeira, Portugal.

Ia gara-gara rakan sepasukannya Daniele Rugani didapati positif Covid-19.

"Ronaldo meninggalkan Itali beberapa hari yang lalu.

"Bintang itu dan keluarganya bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala," kata anggota kerajaan Madeira yang bertangungjawab tentang hal ehwal kesihatan, Pedro Ramos.

Rugani yang juga pemain pertahanan Juventus dan Itali diuji positif untuk virus Covid-19 pada Rabu.

"Para pemain, kakitangan dan semua orang yang ada kontak rapat (dengan Rugani) berada dalam pengasingan sukarela.

"Ronaldo... berada di Madeira dan tinggal di sana sehingga notis lanjut dikeluarkan," kata jurucakap kelab Serie A kepada AFP. - The Jakarta Post

Ronaldo, kuarantin, Juventus, Portugal

Artikel Lain