suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Aksi pertama F1 Australia dibatal

Pasukan-pasukan yang menyertai perlumbaan F1 Australia mengemas peralatan masing-masing selepas aksi dibatalkan susulan Covid-19.

PUSINGAN pertama Grand Prix Formula Satu (F1) yang membuka tirai di Australia terpaksa dibatalkan susulan Covid-19.

F1 bersama badan induk pemotoran dunia, Persekutuan Automobil Antarabnagsa (FIA) mengesahkan bahawa salah seorang staf McLaren Racing Team diuji positif Covid-19.

"Pasukan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Grand Prix F1 Australia.

"Formual 1 dan FIA mengambil kira pandangan majoriti bahawa perlumbaan tidak diteruskan.

"Formula 1 dan FIA memberi penuh sokongan kepada Australia Grand Prix Corporation (AGPCF) membuat keputusan bahawa semua aktiviti Formula 1 Australia dibatalkan.

"Kami akui berita ini sangat mengecewakan ribuan peminat F1 yang mahu hadir menyaksikan perlumbaan dan pemegang tiket akan menerima pembayaran balik sepenuhnya." - F1

F1, Australia, batal, Covid-19

Artikel Lain