suria

Pegang kemaluan pihak lawan, bintang England digantung 10 minggu

Alun Wyn Jones (kanan) terkejut apabila Joe Marler dilihat menyentuh bahagian kemaluannya. Foto Daily Star

JOE Marler digantung selama 10 minggu daripada menyertai perlawanan kerana memegang kemaluan Alun Wyn Jones, semasa aksi ragbi Six Nations.

Bintang England itu dirakamkan melakukan perkara tersebut ketika perbalahan dengan pasukan Wales, hujung minggu lalu.

Marler hadir pada pendengaran disiplin di Dublin, Ireland pada Khamis dan dia didapati bersalah di atas kesalahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu leraikan perbalahan di padang, kapten Wales terkejut kemaluan diraba

Pada pendengaran yang sama, pemain tengah England, Manu Tuilagi juga digantung selama empat minggu daripada menyertai permainan kerana kad merah semasa perlawanan yang sama di Twickenham.

Kejadian berlaku ketika perlawanan menyaksikan England menang 33-30.

Marler mengaku bersalah kerana bertindak di luar kawalan itu.

Bagaimanapun, dia menolak dakwaan 'meramas atau menekan' kemaluan Jones. - Daily Star

Artikel Lain