suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba dikritik aksi lucu bersama Instafamous

Aksi Pogba bersama Instafamous, Sul.

PENYOKONG Manchester United mengkritik pemain Paul Popba kerana mentertawakan seorang Instafamaous.

Menerusi satu rakaman, pemain berusia 26 tahun itu bertemu dengan Sul yang mempunyai lebih 5 juta pengikut di laman sosialnya.

Klip video tersebut menunjukkan pemain pertengahan itu menyerahkan baju kepada lelaki berkenaan.

"Ini untuk kamu," kata Pogba menunjukkan sebatang pen untuk menandatangan.

Sul kemudian mengangkat bajunya dan meminta Pogba untuk menandatangan pada perutnya.

Gelagat Instafamous itu membuatkan Pogba tidak dapat menahan ketawa.

Menerusi klip video yang lain, kedua-dua mereka dilihat bergambar swafoto.

"Apa nama saya," tanya Pogba.

Instafamous itu kemudian menjawab: "Polpap."

Pogba sekali lagi tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar jawapan itu.

Rakaman itu ditonton lebih 1.5 juta kali sejak ia dikongsikan di laman Instagram milik Pogba pada Selasa.

Sebaliknya, ramai mengkritik gelagat pemain Manchester United itu.

"Anda adalah badut," kata seorang penyokong.

"Apa yang kelakar adalah kamu, kamulah lawak."

Malah, terdapat mesej lain cuba disampaikan kepada pemain itu.

"Jika anda tidak mahu di kelab kami, berundur sajalah," kata mereka. - Daily Star

Artikel Sebelum

Artikel Lain