Napoli ajak Ibrahimovic, “Saya bukan seperti ‘haiwan di zoo’, masih mampu jaringkan 20 gol” - Sukan | mStar

Napoli ajak Ibrahimovic, “Saya bukan seperti ‘haiwan di zoo’, masih mampu jaringkan 20 gol”

Ibrahimnovic bersama tugunya yang dibina berhampiran Stadium Malmo, Sweden.

PENYERANG LA Galaxy Zlatan Ibrahimovic menjadi sebutan untuk menyarung jersi Napoli sebaik sahaja kontraknya bersama MLS berakhir musim ini.

Sebelum ini bekas penyerang Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) itu meluahkan rasa minat untuk kepada ke Eropah tahun depan.

"Ibrahimovic adalah kawan. Saya bertemu dengannya di Los Angeles bukan sebagai pemain bola sepak, sebaliknya seperti kenalan biasa kerana kami berada di hotel yang sama.

"Saya mengajaknya untuk makan malan bersama keluarga dan kami melalui saya yang menarik. Ia mungkin menjadi harapan saya untuk melihat dia di Napoli.

"Ia lebih daripada cadangan dan terpulang kepadanya. Ia sekarang sedang dibincangkan sejak beberapa bulan lalu," jelas De Laurentiis.

Sebelum ini, Ibrahimovic menganggap Itali sebagai 'rumah kedua' ketika ditemu bual bersama La Gazzetta Dello Sport dan memberitahu dia mampu menjaringkan 20 gol untuk aksi Serie A.

"Saya berusia 38 tahun dan masih seperti kanak-kanak yang bersemangat untuk menang. Saya masih fikir mengenai masa depan lagi, dan akan cuba menilai bersama dengan keluarga.

"Untuk terusa bermain, seperti yang saya beritahu... saya perlu mencari sesuatu yang istimewa dan memastikan saya terus hidup, di sini atau di mana-mana.

"Itali adalah rumah kedua saya. Saya menerima pengalaman dan saat yang tidak boleh dilupakan di sini. Saya mahu pergi ke sebuah pasukan dan berjuang untuk gelaran.

"Saya masih boleh membuat perubahan. Saya bukan seperti 'haiwan di zoo' yang orang datang tengok dan pergi kerana saya masih mampu menjaringkan 20 gol," katanya. - eurosport.com

Zlatan Ibrahimovic , LA Galaxy , Napoli

Artikel Sebelum

Sergio Ramos rayu denda cukai

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain