suria

Klopp dianggap jurulatih terbaik dunia, pandai ‘main’ emosi pemain

Klopp dianggap jurulatih terbaik dunia setakat ini.

HUBUNGAN baik dengan pemain antara salah satu faktor Jurgen Klopp diangap sebagai jurulatih terbaik dunia.

Klopp memenangi anugerah Jurulatih Terbaik Fifa Lelaki 2019 selepas membawa Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara serta mencatat 97 mata pada aksi Liga Perdan Inggeris musim lalu.

Pengurus berusia 52 tahun tu membantu The Reds membina kelebihan untuk merangkul gelaran trofi juara liga musim ini selepas turut mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Manchester United Ahad lalu.

Bekas bintang Borussia Dortmund,  Steffen Freund mengakui magis yang dilakukan Klopp ketika berada di kelab Jerman pada tahun 2008 dan 2015 dengan merangkul juara berturut-turt manakala ketika bersama DFB- Pokal dia turut cemerlang dengan mara ke final Liga Juara-Juara 2012.

"Seorang yang tenang dan seimbang dengan taktik serta naluri yang bagus. Saya selalu memilih Klopp kerana dia mampu memberi emosi kepada pemain.

"Dan sebab itu sekarang dia dianggap jurulatih terbaik dunia," jelasnya. - onefootball

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Lain