Manchester United sahkan skuad baharu... termasuk penjaga gol remaja Matej Kovar - Sukan | mStar

Manchester United sahkan skuad baharu... termasuk penjaga gol remaja Matej Kovar

Matej Kovar. Foto Getty Images

MANCHESTER United mengesahkan skuad 24 pemain mereka untuk kempen Liga Europa 2019-20, dan termasuk satu nama yang mengejutkan.

Pengurus, Ole Gunnar Solskjaer menambah penjaga gol berusia 19 tahun, Matej Kovar kepada skuad yang membarisi nama-nama seperti kebiasaan iaitu Paul Pogba, Anthony Martial dan David de Gea.

Solskjaer telah menunjukkan komitmen kepada belia semasa beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai pengurus.

Malah, beliau juga dapat mengubah pemain yang tidak dikenali seperti Kovar sepanjang peringkat kumpulan kejohanan dalam usaha memberikan pengalaman berharga kepada pemain tersebut.

Walaupun Kovar tidak mungkin menjadi nama pertama dalam pasukan untuk perlawanan di Eropah, namanya adalah yang paling menarik dalam skuad pimpinan Solskjaer yang disahkan.

Remaja kelahiran Czech Republik itu tiba di Old Trafford dari FC Slovacko pada Januari 2018, menerusi jendela perpindahan yang sama menyaksikan kelab itu merekrut Alexis Sanchez dari Arsenal. - Daily Mail UK


Matej Kovar , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia benam Indonesia 3-2

Artikel Berkaitan

Manchester United sedia pujuk Pogba

Artikel Lain