suria

Abang Pogba dedah rahsia, dakwa Manchester United hanya ada seorang pemain hebat

Paul Pogba. Foto AP

ABANG Paul Pogba bersuara mengenai pemain kelahiran Perancis itu gagal berpindah keluar dari Manchester United, pada musim panas ini.

Pogba sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan Old Trafford bagi menyahut cabaran baharu, namun gagal untuk berpindah meskipun mendapat tawaran daripada Real Madrid dan Juventus.

"Paul tahu dia tidak boleh tinggalkan Manchester United, hadi dia perlu memberi tumpuan pada musim ini," kata Mathias kepada El Chiringuito.

ARTIKEL BERKAITAN: Barcelona, Real Madrid tak pernah serius tawaran untuk Neymar, Pogba

"Bukan mudah sekarang kerana dia ada banyak tanggungjawab dalam pasukan.

"Ramai pemain utama dah tak ada.

"Pemain hebat yang tinggal hanyalah De Gea, penjaga gol. Ini bermakna dia perlu berusaha lebih banyak dalam setiap permainan," katanya. - Mirror UK



Paul Pogba, Manchester United

Artikel Sebelum

Malaysia benam Indonesia 3-2

Artikel Berikut

Artikel Lain