suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona, Real Madrid tak pernah serius tawaran untuk Neymar, Pogba

Paul Pogba. Foto AP

TERDAPAT 15 tawaran tarikh akhir di Sepanyol pada Isnin dan apabila jendela perpindahan ditutup hampir €1.3 bilion telah dibelanjakan untuk pemain baharu ke La Liga.

Walau bagaimanapun, terdapat dua pemain yang tidak berjaya berpindah ke La Liga. 

Neymar kekal di Paris Saint-Germain (PSG) dan Paul Pogba terus berada di Manchester United.

Penyokong Barcelona dan Real Madrid merasakan perpindahan dua pemain itu gagal kerana kedua-dua kelab tidak pernah mempunyai wang yang mencukupi atau kemahuan yang untuk merealisasikannya. 

Sumber terdekat dengan perpindahan Pogba yang tidak berlaku, berpandangan bahawa walaupun Manchester United menerima tawaran melebihi wang yang mereka belanjakan untuk menandatangani Pogba, mereka sepatutnya memberikan pertimbangan yang serius. Malangnya, ia tidak berlaku.

Barcelona menghabiskan musim panas untuk mendapatkan semula Neymar, tetapi presiden kelab, Josep Maria Bartomeu diberikan penerangan sejak awal bahawa pemilik kelab Perancis itu tidak berminat menjual pemain berkenaan pada sebarang harga. - Daily Mail UK


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain