suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rio Ferdinand sukar percaya kemenangan Virgil van Dijk, dakwa UEFA salah pilih pemain terbaik

Ferdinand (dua dari kiri) mengakui tidak percaya dengan keputusan UEFA.

KEMENANGAN Virgil van Dijk sebagai pemain terbaik musim ini oleh UEFA nampaknya tidak 'direstui' sesetengah pihak.

Nama Van Dijk sebelum ini menjadi hangat selepas dia mengalahkan Cristiano Ronaldo dan Messi dalam penganugerahan itu.

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand berkata, dia seolah-olah tidak percaya dengan kemenangan itu.

"Tiada keraguan dalam minda saya bahawa Virgil van Dijk merupakan pemain pertahanan terbaik di dunia pada hari ini.

"Tapi apabila pemain yang jaringkan 50 gol dalam satu musim seperti Messi dan Ronaldo menang trofi musim ini, kamu tidak boleh lihat menjangkaui itu," katanya.

Malah kata Ferdinand, dia percaya Ronaldo sepatutnya menggenggam trofi Ballon d'Or pada edisi penganjuran tahun ini. - Givemesport.

Rio Ferdinand, Virgil van Dijk, UEFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain