suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Formula 2 maut, jentera terlibat kemalangan pada kelajuan 160mph

Hubert meninggal dunia selepas mengalami beberapa kecederaan serius akibat kemalangan itu.

PEMANDU Formula 2 Anthoine Hubert meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan pada perlumbaan Grand Prix Belgian.

Hubert, 22, maut selepas jentera dipandunya bertembung dengan pemandu Amerika Syarikat (AS) Juan Manuel Correa dan Giuliano Alesi pada kelajuan 160 mph pada Lap 2 di litar Spa-Francorchamps dekat Stavelot.

Badan pentadbir sukan permotoran (FIA) dalams satu kenyataan berkata, pemuda kelahiran Perancis itu dibawa ke pusat perubatan susulan insiden tersebut.

Namun Hubert yang mewakili pasukan Arden meninggal dunia kira-kira pukul 6.35 petang waktu tempatan.

Jentera Hubert dan Correa rosak teruk susulan insiden itu.

Correa, 20, yang berlumba untuk pasukan Sauber junior dikejarkan ke Hospital Leige dan kini dilaporkan stabil.

Sementara itu, Alesi, 19, anak kepada bekas pelumba F1 Ferrari Jean Alesi dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hubert memenangi dua perlumbaan musim ini dan menduduki tangga kelapan dalam kedudukan pelumba bagi kejuaraan itu. - Metro.co.uk

Anthoine Hubert, Formula 2

Artikel Lain