Coutinho idam kembali ke Anfield tapi Klopp akui Liverpool tak mampu, “kontrak pinjamannya terlalu mahal” - Sukan | mStar

Coutinho idam kembali ke Anfield tapi Klopp akui Liverpool tak mampu, “kontrak pinjamannya terlalu mahal”

Klopp mendakwa Liverpool tidak mampu membayar kontrak pinjaman Coutinho.

PHILIPPE Coutinho mahu kembali semula ke Liverpool sebelum melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich.

Barcelona terbuka menjual bintang Brazil itu pada musim panas ini tetapi dia menyertai Bayern secara pinjaman dengan kelab gergasi Jerman itu mempunyai pilihan untuk membelinya pada harga 120 juta euro.

Coutinho sering dikaitkan bakal kembali semula ke pentas Liga Perdana Inggeris dengan Manchester United, Tottenham dan Arsenal berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan The Athletic, wakil Countinho mendedahkan pemain itu sebenarnya mahu kembali memperkuat The Reds.

Namun difahamkan Liverpool tidak berminat dengan rundingan pinjamannya yang disifatkan terlalu mahal.

Malah Jurgen Klopp berpendapat kehadiran Coutinho tidak akan memperkukuhkan pasukannya kerana dia mempunyai ramai penyerang berkualiti ketika ini.

Klopp juga mengakui perpindahan itu terlalu mahal untuk Liverpool. - Metro.co.uk

Philippe Countinho , Liverpool

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain