suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah nafi dakwaan akan tinggalkan Liverpool

Mohamed Salah. Foto AFP

MOHAMED Salah menegaskan bahawa dia gembira di Liverpool walaupun jurulatih bola sepak, Gary Neville mengatakan dia akan meninggalkan Anfield dalam masa 12 bulan.

Bintang kelab The Reds itu telah memenangi but emas Liga Perdana Inggeris dua tahun berturut-turut sejak berpindah dari Roma pada 2017.

Salah membantu kemenangan pasukan Liga Juara-Juara sebelum ini dan tidak memikirkan untuk meninggalkan kelab dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada CNN, Salah berkata: "Saya gembira di Liverpool. Saya gembira di bandar ini - saya sayang penyokong saya dan mereka sayang saya. Saya gembira di kelab."

Terdahulu, Neville mendakwa: "Salah akan meninggalkan kelab dalam tempoh 12 bulan. Saya boleh nampak, boleh rasakan." - Daily Mail UK


Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Lain