suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp yakin Coutinho akan lebih berjaya di Munich

Klopp mengakui Liverpool tidak mampu untuk membawa balik Coutinho.

JURGEN Klopp mengesahkan Liverrpool terpaksa akur tidak dapat membawa Philippe Coutinho kembali ke Anfield.

Namun pengendali The Reds itu mengakui Coutinho bakal menjadi bintang di Bayern Munich.

Coutinho sah berpindah ke Bayern minggu ini apabila keadaan situasi tidak berpihak kepadanya ketika berada di Barcelona selepas berpindah dari Liverpool Januari 2018.

"Apabila saya mendengar perkara ini, saya fikir 'ia masuk akal.

"Walau pun kedengaran agak pelik, tetapi kami tidak mampu membayar kontraknya. Dia akan bagus di Bayern.

"Pemain kelas dunia boleh mengubah permainan  kepada lebih baik dalam situasi yang betul. Seorang lelaki yang baik dengan pemindahan hebat." -metro.co.uk

Artikel Lain