suria

Ronaldo akui bayar wanita dakwa mangsa rogolnya, selepas tuduhan dibuat

Cristiano Ronaldo. Foto AP

PEGUAM Cristiano Ronaldo mengakui bahawa seorang wanita telah dibayar £300,000 (RM1.52 juta) untuk penyelesaian kes selepas wanita itu mendakwa pemain berkenaan merogolnya pada 2009, walaupun dakwaan tersebut dinafikann Ronaldo.

Satu tuntutan undang-undang telah difailkan di mahkamah oleh Kathryn Mayorga tahun lalu cuba untuk membatalkan penyelesaian itu, mendakwa Ronaldo dan pasukan perundangannya mengambil kesempatan terhadap dirinya yang merujuk kepada keadaan emosinya yang tidak stabil.

Mayorga mendakwa Ronaldo merogolnya selepas mengadakan pertemuan pada satu malam di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Bintang bola sepak itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Tiada tuntutan jenayah yang difailkan, dengan pendakwa menetapkan bahawa dakwaan tersebut sebagai "tidak dapat dibuktikan tanpa keraguan munasabah" dan peguam Ronaldo mendakwa anak guamnya dan mangsa melakukan hubungan intim. - Mirror UK

Artikel Lain