suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Oxlade-Chamberlain setuju kontrak baharu Liverpool

Alex Oxlade-Chamberlain. Foto Reuters

ALEX Oxlade-Chamberlain menandatangani kontrak jangka panjang baharu hingga 2023 dengan Liverpool, perkara itu disahkan oleh kelab itu.

Pemain sayap itu kembali ke skuad utama pada akhir musim lalu selepas mengalami kecederaan lutut serius pada April tahun lalu.

Beliau merupakan sebahagian daripada skuad yang mengalahkan Tottenham untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA, musim lalu.

Oxlade-Chamberlain menyertai Liverpool dari Arsenal untuk £35 juta pada 2017 dan pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan lima gol dalam 47 perlawanan untuk kelab itu. - Daily Mail UK

Artikel Lain