suria

Zidane dedah akan guna Bale musim ini, "Saya fikir dia akan pergi"

Bale kini kembali menjalani latihan sepenuhnya bersama Zidane.

ZINEDINE Zidane mendedahkan bahawa Gareth Bale kekal sebagai pemain Real Madrid dan akan menggunanya lebih kerap musim ini.

Julai lalu Bale merancang untuk berpindah ke kelab China, Jiangsu Suning namun tidak berlaku dan menyaksikan dia terus berada di Bernabeu.

Dengan jendela perpindahan pemain masih lagi dibuka dan turut timbul khabar angin mengatakan hubungan Zidane dan Bale tidak berjalan lancar.

Pemain berusia 30 tahun itu terlepas tiga aksi perlawanan persahabatan sebelum ini, namun dia mula dipanggil ke dalam skuad sebagai pemain simpanan ketika bertemu Roma.

"Saya fikir dia akan pergi, tetapi dia masih bersama kami. Perkara kini berubah dan sekarang saya akan menggunanya seperti mana dengan pemain-pemain lain dalam skuad.

"Saya juga akan guna semua pemain yang ada.

"Dia mendaftar dengan kami, dan dia pemain yang bagus," jelasnya.-Onefootball

Artikel Lain