Penjaga gol TFC meninggal dunia akibat sakit jantung

Penjaga gol utama Terengganu FC (TFC), Mohd Suffian Abd Rahman.

PENJAGA gol utama Terengganu FC (TFC), Mohd Suffian Abd Rahman meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari Sabtu, akibat sakit jantung.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abdul Karim berkata Allahyarham Mohd Suffian, yang dikenali dengan panggilan 'Tiger' dalam kalangan peminat bola sepak Terengganu, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Banggol Pauh, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

"Allahyarham yang berasal dari Melaka, pernah dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 1 Ogos lepas, akibat sakit jantung.

"Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bagi arena bola sepak Terengganu khasnya dan dunia bola sepak negara amnya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Hishamuddin berkata jenazah Mohd Sufian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol Pauh selepas Asar petang Sabtu.- BERNAMA

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia