suria

Pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat pertahan trofi Piala Dunia

Pasukan wannita Amerika Syarikat mempertahankan trofi Piala Dunia selepas menang ke atas Belanda pada aksi akhir awal pagi Isnin.

PASUKAN bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS) mempertahankan trofi Piala Dunia selepas menang 2-0 ke atas Belanda.

Aksi final yang berlangsung di Stadium Groupama, Lyon Perancis itu menyaksikan AS mendominasikan permainan apabila pemain bintangnya Megan Rapinoe membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan.

Pemain Belanda cuba menghalang lawan pemain Amerika Syarikat (kanan) pada aksi final di Lyon.

Rapinoe (m-61) mendapat sepakan penalti apabila pengadil perlawanan Stephanie Frappart terpaksa menggunakan VAR (Video Pembantu Pengadil) untuk membuat keputusan.

Kejayaan kali keempat ini hadir selepas Rose Lavelle menambah gol kedua (m-69) sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka ke atas Belanda.

Dalam pada itu skuad Belanda yang tidak beraksi pada edisi 2015 mengakui bahang keegoan pasukan AS sebelum tamat perlawanan.

Mbappe turut hadir menyaksikan final Piala Dunia Wanita di Lyon.

"Mereka sudah mengucapkan tahniah kepada kami (sebelum tamat perlawanan) berada di tempat kedua," jelas pemain tengah Danielle Van de Donk.

Turut kelihatan pada perlawanan tersebut ialah pemain Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.

Amerika Syarikat yang dibimbing Jill Ellis itu melengkap rekod kejayaan kali keempat selepas tahun 2015,1999 dan 1991. -Dailymail.co.uk

Piala Dunia, Amerika Syarikat, Wanita

Artikel Lain