suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool buat kejutan, berjaya singkirkan Barcelona

Pasukan Liverpool meraikan kemenangan 4-0 mereka ke atas Barcelona. FOTO: TSN

KEBANGKITAN Liverpool di Anfield yang membenam Barcelona dengan keputusan 4-0 membolehkan mereka mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.

Beraksi tanpa ayam tambatan Mo Salah dan Roberto Firmino, pasukan itu bagaimanapun berjaya mendahului permainan hasil ledakan Divock Origi dan Georginio Wijnaldum, masing-masing dua gol.

Liverpool menang secara agregat 4-3 dan bakal bertembung dengan pemenang antara Tottenham atau Ajax dalam perlawanan akhir di Wanda Metroplitano, Madrid pada 1 Jun ini.

Dalam pada itu, jurulatih Jurgen Klopp turut menyuarakan rasa gembiranya berhubung kemenangan itu.

"Ianya malam yang istimewa. Menang ke atas Barcelona merupakan tugas yang sukar," ujarnya. - The Guardian.

Liverpool, Jurgen Klopp, Barcelona

Artikel Lain