suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaya tak senonoh, Ronaldo hanya kena denda

Ronaldo (kanan) mengejek gaya Simone ketika meraikan gol pada aksi timbal balik 12 Mac lalu.

CRISTIANO Ronaldo menarik nafas lega selepas hanya dikenakan denda  €20,000 (RM92,104) gara-gara gaya tidak senonoh meraikan gol ketika bertemu Atletico Madrid dalam aksi pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara.

Bintang portugal itu terlepas daripada hukuman penggantungan perlawanan sekaligus dapat beraksi saingan suku akhir bertemu Ajax.

Pada aksi tersebut, Juventus yang ketinggalan 2-0 ketika pusingan pertama, bangkit dengan jaringan hatrik Ronaldo di Stadium Allianz 12 Mac lalu.

Bintang Portugal itu meraikan jaringannya dengan mengejek seperti gaya Diego Simeone ketika meraikan gol pada aksi pertama sebelum ini di Wanda Metropolitano.

Pada perlawanan pertama sebelum ini, Simone melakukan gaya tidak senonoh ketika meraikan gol, dan dia turut dikenakan dengan dengan nilai yang sama oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Uefa mengumumkan keputusan tersebut pada Khamis.

Juve bakal berdepan dengan Ajax untuk aksi pertama di Amsterdam pada 10 April ini.-Onefootball

Artikel Lain