suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba dedah perasaan pemain PSG selepas kalah kepada United di laman sendiri

Foto AFP

PAUL POGBA mendakwa pemain PSG menjadi 'meluat' dengan cara mereka disingkirkan daripada Liga Juara-Juara selepas membenarkan Manchester United membuat kemunculan semula di Paris.

United menjadi pasukan pertama yang mengatasi defisit dua gol daripada tuan rumah pada aksi timbal balik bagi menempah tempat di peringkat suku akhir.

Marcus Rashford berjaya menyumbat gol penalti pada saat akhir di Parc des Princes.

Walaupun Red Devils disingkirkan oleh Barcelona untuk menempah tempat sebagai empat pasukan teratas dalam pertandingan itu, PSG perlu menumpukan perhatian bagi meraih penghormatan penyokong tempatan selepas sekali lagi gagal di Eropah.

Beberapa pemain PSG berada dalam skuad Perancis untuk kelayakan Euro 2020.

"Ya, kami bercakap mengenainya (dengan pemain PSG).

"Ya, mereka rasa meluat, tapi di sebalik semua itu, kami ketawa dan ia sudah berakhir," kata pemain tengah United itu menjelang perlawanan antara Perancis dengan Moldova pada Sabtu ini.

Pemain tersebut menunjukkan sokongan terhadap Ole Gunnar Solskjaer yang berusaha menstabilkan kelab itu di Old Trafford selepas Jose Mourinho dipecat. - Metro UK

Paul Pogba

Artikel Lain