suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fabio da Silva tangkis dakwaan Ronaldo suka pentingkan diri sendiri

Foto AFP

CRISTIANO RONALDO bukan seperti khabar angin yang mendakwa dia seorang pemain yang mementingkan diri sendiri, sebaliknya dia gemar membantu dan memberikan sokongan, menurut Fabio da Silva.

Pemain pertahanan Nantes menyangkal dakwaan bahawa Cristiano merupakan seorang yang ego.

Da Silva mendedahkan bahawa bintang Portugal itu merupakan salah seorang pemain yang paling mengalu-alukan kehadirannya di Manchester United ketika dia dan kembarnya Rafael menandatangani kontrak pada 2008.

"Saya dengar orang kata Cristiano mementingkan diri sendiri, tetapi dia memberikan nasihat tanpa henti di dalam dan di luar padang," katanya kepada ESPN FC.

Bintang Juventus itu juga sedia membantu sewaktu penampilan pertama Da Silva di United.

"Ketika penampilan pertama saya melawan Tottenham, saya bermain bersama-samanya.

"Cristiano memberitahu saya untuk tidak mengambil risiko pada separuh masa perlawanan kerana dia mungkin tidak dapat membantu saya.

"Tindakan Cristiano yang menyokong saya membuatkan saya rasa begitu positif," kata Da Silva.

Pemain berusia 28 tahun itu membuat 56 penampilan bersama United dan menjaringkan tiga gol serta memenangi Liga Perdana Inggeris pada 2010/11.

Dia kemudian menyertai Cardiff pada 2014 dengan perpindahan percuma sebelum menghabiskan dua musim di Middlesbrough dan menandatangani kontrak bersama Nantes pada Julai tahun lepas. - Four Four Two

Artikel Lain