Johnson bebas penjara selepas tiga tahun, dilarang jumpa anak berdua-duaan - Sukan | mStar

Johnson bebas penjara selepas tiga tahun, dilarang jumpa anak berdua-duaan

ADAM Johnson dibebaskan dari penjara awal pagi Jumaat dan dijemput oleh bapanya.

Bekas pemain England serta Manchester City itu dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan terlibat dengan aktiviti seksual gadis bawah umur, namun dibebaskan selepas tiga tahun.

Bapanya, Dave Johnson dirakam keluar daripada penjara menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam lewat malam Khamis.

Walaupun sudah bebas daripada hukuman,  Johnson akan terus dipantau oleh pegawai-pegawai berkuasa sekira dia melawat atau bertemu dengan anak perempuannya, Ayla berusia empat tahun.

Bapa Johnson dilihat di kawasan penjara awal pagi Khamis.

Pekerja khidmat sosial akan memantau Johnson setiap kali dia bersama anaknya dan perlu tinggal di alamat yang berdaftar.

Bekas pemain Sunderland itu dikenakan hukuman penjara pada tahun 2016 kerana didapati bersalah kerana mencium dan menyentuh seorang gadis berusia 15 tahun.

Menurut sumber kepada Sun: "Johnson akan dilayan seperti pesalah seksual yang lain. Dia bebas, tetapi 'harga mahal yang perlu dibayar'."

Pihak pegawai juga meminta dia menyerahkan telefon bimbit, dan bakal berdepan kembali ke penjara sekiranya Johnson memadam (dalam telefon) apa sahaja tanpa pengetahuan mereka.

Johnson  juga perlu menyerahkan perincian kad bank bagi mengelakkan (sekira) dia melayari laman lucah berbayar.

Sebelum ini, teman wanitanya Stacey Flounders memberitahu bahawa Johnson telah musnahkan hidupnya.

Ibu kepada Ayla itu juga mendedahkan bahawa pada mulanya dia menganggap Johnson hanya ketagih seks dan bukannya pedofilia.

Kini Johnson perlu menunggu 15 tahun sebelum dibenarkan memohon memadamkan pendaftarannya sebagai pesalah seks. -Dailymail.co.uk

Adam Johnson , pedofilia

Artikel Lain