suria

Chong Wei belum pasti beraksi Terbuka Malaysia bulan depan

HARAPAN untuk melihat jaguh badminton perseoranga negara, Datuk Lee Chong Wei kembali ke gelanggang pada aksi Terbuka Malaysia April ini tidak akan menjadi kenyataan.

Pemain berusia 36 tahun yang tidak beraksi sejak didiagnosis mengalami kanser hidung Julai lalu.

Beliau sebelum ini dijangka akan kembali ke gelanggang bagi pertahanankan trofi juara Terbuka Malaysia yang dimenanginya sebanyak 12 kali.

Difahamkan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu terpaksa menunda hasrat tersebut selepas doktor menasihatinya supaya tidak bermain.

Chong Wei terbang ke Taiwan hujung minggu lalu bagi mendapat rawatan susulan di sana.

Ketika dihubungi The Star, Chong Wei mengesahkan beliau menarik diri daripada aksi Terbuka Malaysia dan tidak memberi penjelasan lanjut.

Dengan penarikan dirinya itu, ia tidak mengejutlkan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Zakaria yang memberitahu kepada peminat-peminat pemain itu supaya jangan terlalu mengharap.

Chong Wei telah mula menjalani latihan awal tahun ini sebanyak tiga kali seminggu.

Lee Chong Wei, Terbuka Malaysia

Artikel Lain