Ronaldo rasmi klinik rambut, harga rawatan bermula RM18,492 - Sukan | mStar

Ronaldo rasmi klinik rambut, harga rawatan bermula RM18,492

CRISTIANO Ronaldo kembali ke Madrid pada Isnin untuk merasmikan pembukaan pusat tanam rambut di ibu kota Sepanyol itu.

Klinik tersebut dimiliki Insparya Group yang diasaskan Ronaldo dan teman wanitanya, Georgina Rodriguez dilantik menjadi salah seorang pengurusnya.

Ronaldo tiba di klinik tersebut bersama teman wanitanya itu.

Bisnes terbaharu itu menyaksikan Ronaldo mengambil 150 kakitangan profesional yang berupaya melakukan 18 rawatan transplan di 18 bilik sedia ada setiap hari.

Georgina dilantik sebagai salah seorang pengurus klinik tersebut.

Ronaldo dilaporkan melabur kira-kira 1 juta euro (RM4.62 JUTA) terhadap bisnes terbaharunya itu dan dijangka menambah kira-kira 25 juta euro dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang.

"Selain bola sepak, saya amat prihatin terhadap kesihatan, teknologi dan kajian, ia adalah antara bidang yang saya berminat untuk melabur," kata Ronaldo.

Rawatan rambut di klinik enam tingkat dimiliki Ronaldo bermula pada harga 4,000 euro (RM18,492). - Mirror.co.uk

Cristiano Ronaldo , klinik rambut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain