suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid sedia tukar Bale dapatkan Hazard

Hazard menjadi sasaran Real Madrid dan sedia lepaskan Bale (kanan).

REAL Madrid dilaporkan sedia menukar pemainnya Gareth Bale dengan Eden Hazard.

Bale dikaitkan sedia meninggalkan Santiago Bernabeu biarpun Zinedine Zidane kembali menguruskan pasukan itu, namun rekod kecederaan dan gaji akan menyekat perancangannya itu.

Menurut laporan Mirror Football, Los Blancos sedia untuk 'memburu' Hazard yang telah lama diintai dan bakal menawarkan sesuatu yang menarik kepada bintang Chelsea itu.

Sekiranya benar berlaku, ia dianggap impian menjadi kenyataan buat Hazard yang sudah lama mengidam menyarung jersi kelab La Liga.

Dia juga tanpa berselindung menyatakan Zidane adalah idolanya sejak zaman remaja.

Menurut laporan HLN, kontrak telah siap untuk kedua-dua kelab tetapi masih belum mencapai sebarang persetujuan.-OneFootball

Gareth Bale, Eden Hazard

Artikel Lain