Niat Balotelli nak ejek PSG terbantut

NIAT Mario Balotelli untuk mengejek Paris Saint-Germain (PSG) dengan memakai baju-T gambar Marcus Rashford jika dia berjaya menjaringkan gol.

Namun ia tidak kesampaian apabila Marseille tewas 3-1 dalam aksi Ligue 1.

Sebelum ini Rashford membantu Manchester United menjaringkan gol pada minit terakhir sekali gus menyingkirkan PSG dalam aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.

Wartawan Canal + Olivier Tallaron melaporkan bahawa Balotelli memakai baju-T yang mempunyai muka Rashford di sebalik jersinya.

Pada perlawanan tersebut, bekas pemain Manchester City itu gagal menjaringkan gol, sebaliknya Kylian Mbappe berjaya meledak gol ke-26 musim ini dengan menyaksikan PSG mengetuai pada babak pertama.

Anak buah Valere Germain itu menyamakan kedudukan sebaik sahaja permainan separuh masa kedua bermula.

Manakala Angel Di Maria meledak dua gol (55',56') sebelum Steve Mananda cuba merapatkan jaringan.

Balotelli sememangnya terkenal dengan gelagat unik sebelum ini apabila sentiasa memakai baju-T dengan tulisan 'Why Always Me' selepas menjaringkan gol di Manchester pada tahun 2011.-Dailymail.co.uk

Mario Balotelli, Marseille

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain