suria

Neville sudah jangka peminat akan minta Solskjaer dipecat

Foto AFP

GARY NEVILLE (gambar) mengakui dia sudah menjangkakan bahawa peminat Manchester United akan meminta agar Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Pengurus interim kelahiran Norway itu memberikan nafas baharu kepada Old Trafford selepas menggantikan Jose Mourinho pada Disember.

Bekas penyerang United tersebut berjaya melonjakkan prestasi pasukan ke kedudukan ke empat bersama Chelsea, Arsenal dan Tottenham serta membakar semangat Red Devils untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Solskjaer dijangka untuk dilantik menjadi pengurus penuh United sebelum kontrak sementaranya tamat pada penghujung musim ini.

Namun, dia berdepan detik sukar yang pertama selepas tewas berturut-turut kepada Arsenal dan Wolves sehingga tersingkir dalam Piala FA.

Legenda United, Neville mendakwa lembaga kelab itu 'naif' ketika khabar angin tentang pemecatan Mourinho pada awal kempen.

Ketika itu, penyokong menggelarkan Neville sebagai pesimpati terhadap bekas Bos Red Devils itu.

Kini, bekas pemain United tersebut menjangkakan penyokong kelab itu akan berpaling daripada Solskjaer.

Neville membalas tweet peminat: "Apabila anda semua meminta agar Ole dipecat satu hari nanti, saya tetap akan meyokongnya dan mengecewakan anda sekali lagi. Maaf." - Mirror UK

Artikel Lain