Pemegang taruh yakin MFL akan cari jalan dapatkan penaja lain - Sukan | mStar

Pemegang taruh yakin MFL akan cari jalan dapatkan penaja lain

PEMEGANG taruh dalam Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan terus berdiri teguh di belakang penganjur Liga Malaysia (Liga-M) itu selepas mereka menamatkan kontrak penajaan dengan Telekom Malaysia (TM), baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKNS FC, Md Adi Harmizi Ariffin berkata pihaknya meletakkan keyakinan tinggi kepada kepimpinan MFL di bawah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendapatkan penaja baharu.

"Jaminan diberikan MFL berhubung geran tahunan amatlah melegakan pasukan kerana sedikit sebanyak ia membantu pasukan.

“Apa yang pasti, PKNS akan sentiasa bersama-sama MFL dalam memastikan sukan bola sepak kekal di landasannya,” kata beliau seperti dipetik dalam satu kenyataan dikeluarkan MFL, Ahad.

Nada sama turut disuarakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yang mendedahkan pihaknya bersedia menghulurkan bantuan sekiranya MFL memerlukan pertolongan daripada mereka.

Ia bukan masa untuk menuding salah siapa tetapi saya percaya kesemua pemegang taruh memiliki idea untuk mencari jalan penyelesaian dalam isu ini berbanding mencari kesilapan mana-mana pihak.

JOHAN KAMAL

Setiausahan Agung FAS

“Memang benar geranan tahunan menjadi tanggungjawab MFL tetapi kami sebagai rakan kongsi berpendapat apa yang berlaku kepada MFL turut menimpa kami.

“Ia bukan masa untuk menuding salah siapa tetapi saya percaya kesemua pemegang taruh memiliki idea untuk mencari jalan penyelesaian dalam isu ini berbanding mencari kesilapan mana-mana pihak," jelasnya.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Tajul Hasnan Omar pula menegaskan pihaknya optimis MFL akan berusaha keras menyelesaikan masalah ketiadaan TM selaku penaja utama Liga-M musim ini.

“Kita sedia maklum dengan keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL berhubung penamatan kontrak penajaan TM baru-baru ini, meskipun agak mengejutkan, PAFA tetap percaya pihak MFL akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian mendapatkan penaja lain.

“Kami akan sentiasa memberi kerjasama kepada MFL dan kita tahu kesukaran dihadapi MFL apatah lagi penajaan TM adalah punca pendapatan geran tahunan kepada setiap pasukan namun kita akan memberi ruang secukupnya kepada MFL mencari dana lain," katanya.

MFL pada Jumaat lepas, mengambil keputusan menamatkan kontrak penajaan bersama TM yang sebelum ini ditandatangani perjanjian tempoh lapan tahun pada Januari tahun lalu, selepas mencapai kata sepakat dalam satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah di sebuah hotel di Johor Bahru. - Bernama

MFL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?