suria

Ejen Pogba dilapor bincang dengan Juventus

Pogba (kanan) bersama bekas rakan sepasukannya ketika bersama Juventus.

EJEN Paul Pogba dilapor mengadakan perbincangan bersama kelab gergasi Serie A, Juventus pada Isnin.

Difahamkan Mino Raiola berbincang mengenai kliennya itu bersama kelab juara Itali yang dikatakan berminat memanggil kembali pemain tengah itu selepas menjual kepada Manchester United dengan nilai 89 juta pound pada tahun 2016.

Malah Pogba juga dirakam bersama bekas rakan sepasukannya Paulo Dybala dalam satu majlis di Paris pada Isnin malam selepas diketepikan Jose Mourinho.

Pemain antarabangsa Perancis itu telah beberapa kali membuka mulut untuk meninggalkan Old Trafford, namun kelab tidak mahu menjualnya pada jendela perpindahan Januari ini.

Dia bergelut untuk meningkatkan prestasinya dan dalam masa yang sama Mourinho juga diminta untuk pertahankan posisinya dengan memperbaiki aksi pasukan.

Hubungan dingin Mourinho-Pogba bukan berita baharu musim ini memandangkan pemain itu tidak lagi menjadi pilihan utama pengurus tersebut.

Selain keinginan untuk kembali ke kelab lamanya itu, Barcelona juga dilaporkan berminat mendapatkan pemain berusia 25 tahun ini. -Dailymail.co.uk

Mino Raiola, Paul Pogba

Artikel Sebelum

Manchester United pecat Mourinho!

Artikel Berikut

Artikel Lain