Ketiadaan De Bruyne beri kelebihan kepada Manchester City - Guardiola - Sukan | mStar

Ketiadaan De Bruyne beri kelebihan kepada Manchester City - Guardiola

De Bruyne melalui musim kecederaan yang teruk. - Getty Images)

PEP GUARDIOLA percaya bahawa ketiadaan Kevin De Bruyne pada separuh pertama musim ini dapat membantu Manchester City.

Pemain Belgium itu merupakan pemain yang hebat pada tahun lalu kerana memimpin kelab meraih gelaran juara Liga Perdana kali ketiga dalam tempoh tujuh musim ini.

Dia membawa prestasi itu sehingga ke Piala Dunia sekali gus membantu Belgium mendapatkan tempat ketiga keseluruhan.

Guardiola tidak dapat menggunakan khidma De Bruyne dalam mana-mana perlawanan Liga Perdana Inggeris pada tahun ini selepas pemain itu mengalami kecederaan pada lututnya.

Bagaimanapun, persembahan De Bruyne sepanjang tahun lalu tetap membuatkan pengurus itu berasa dia tidak berada dalam keadaan terbaik sebelum kecederaan tersebut berlaku.

"Saya rasa Kevin menghabiskan musim lalu dalam keadaan yang meletihkan.

"Ia sangat sukar baginya, dia banyak masa bermain. Ia satu persembahan hebat dan selepas itu dia bermain dalam Piala Dunia.

"Apabila dia kembali, saya berasa bahawa dia masih agak letih dan kadang-kadang pemain dapat pulih dengan baik, tetapi kadang-kadang mereka memerlukan masa daripada segi mental," kata Guardiola.

"Kami tidak mahu dia alami kecederaan, tapi mungkin ia membantu kami.

"Sekarang, dia pulih cuba sekali lagi untuk mengelakkan kecederaan dan bermain dengan kerap.

"Sudah tentu dia penting untuk kami, dia adalah pemain yang istimewa," kata Guardiola.

Formasi Bernardo dan David Silva telah meminimumkan kesan ketiadaan De Bruyne ke atas pasukan. - Manchester Evening News

Pep Guardiola , Kevin De Bruyne

Artikel Sebelum

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain