suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spekulasi Morata ke Barcelona, Alba teruja jika jadi kenyataan

Alvaro Morata

JORDI Alba mengakui gembira sekiranya penyerang Chelsea Alvaro Morata dapat bersamanya di Bercelona.

Morata,26, dikaitkan dengan perpindahan mengejut Januari ini selepas posisinya tidak kukuh di Stamford Bridge.

Manakala Alba yang merupakan rakan sepasukan Morata dalam skuad kebangsaan Sepanyol itu ternyata gembira sekiranya bekas pemain Real Madrid dan Juventus itu dapat menyertai Barca.

“Morata merupakan pemain yang saya sangat hargai. Dia antara pemain hebat dalam tempoh beberapa tahun.

“Namun semua keputusan di tangan kelab jika mereka mahu mengikat dia atau pemain lain.

"Tetapi jika betul spekulasi itu, dia akan disambut baik sebagai pemain baharu di sini,” ujar Alba.

Sepanjang berada bersama The Blues, Morata hanya menyumbangkan tujuh gol dalam 21 penampilan semua perlawanan musim ini.

Manakala musim 2017-18, Morata meledak 15 gol dalam 48 aksi keseluruhannya.

Alvaro Morata, Jordi Alba

Artikel Berikut

Artikel Lain