suria

Mourinho bakal gugur pemain tiada 'hati'

Mourinho kecewa selepas seri tanpa jaringan ke atas Crystal Palace.

BOS Manchester United Jose Mourinho mengugut untuk menggugurkan pemain-pemainnya yang tiada 'hati' selepas seri tanpa jaringan bersama Crystal Palace.

Keputusan tersebut menyaksikan United kekal di belakang Liverpool dan Manchester City.

Mourinho memberitahu, dia akan pertimbangkan untuk menggugurkan pemain pada perlawanan akan datang.

"Perasaan saya tidak cukup sampai ke hati, kami perlu bermain menggunakan otak, kami perlu bermain sepenuh hati dan saya fikir ianya tidak cukup.

"Saya adalah saya. Dan setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza.

"Apa jalan penyelesaian? Anda tidak boleh mengubah perangai pemain secara dramatik.

"Jalan penyelesaian mungkin saya perlu membuat pilihan berdasarkan hati.

"Dan kemungkinan saya akan menyalahkan diri saya kerana tidak cukup hati dan kehilangan beberapa kualiti di sini ," ujarnya. -Eurosport

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain