suria

Arsene Wenger samakan Pogba dengan 7 pemain terbaik

ARESENE Wenger berkata, Paul Pogba sudah ditakdirkan untuk dikritik kerana dia adalah pemain terbaik.

Pogba merupakan penjaring kedua terbaik pasukan Manchester dalam musim ini dengan catatan lima jaringan, tipis di belakang Anthony Martial dengan enam gol.

Biarpun mempamerkan prestasi bagus, permainan Pogba tetap dikiritk dan kebolehannya juga sering dipersoal.

Ujar Wenger, Pogba mempunyai bakat namun dia menjadi sasaran kritikan kerana hubungannya yang kurang bagus dengan pengurus, Jose Mourinho.

"Dia ada bakat besar dan orang memang harapkan kelainan daripadanya, namun dia kelihatan tidak harmoni dengan pengurus, jadi orang akan memihak kepada Mourinho dan menentang Pogba.

"Sejak saya menyertai sukan ini, pemain hebat memang akan sentiasa dikritik.

"Saya masih ingat mengenai Glenn Hoddle. Dia pemain yang hebat untuk England, namun dia sering dipersoal.

"Begitu juga dengan Platini, dia sering menjadi sasaran di Perancis. Zidane juga sama. Beckham dipersoal dan dikritik di England, sama juga dengan Gerrard dan Lampard.

"Memang menjadi takdir, pemain hebat akan sentiasa dikritik dan dipersoal kemampuan mereka. 

"Orang yang ada mental kuat sahaja boleh hadapi perkara ini," kata Wenger lagi. - Football365.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain